ISLAM ADALAH PILIHAN CARA HIDUP


Kebanyakkan orang hanya mengenali israiliyat dalam ilmu tafsir tetapi tidak pada ilmu hadis. Kehadiran israiliyyat ini adalah bahaya kepada sumber Islam. Ia akan menyebabkan kesucian sumber itu akan tercemar sehingga pelbagai kepercayaan, I’tiqadat, amalan dan sebagainya yang tidak dari Islam mula menyerap dalam Islam.



Kalau ilmu tafsir yang berkaitan dengan ulum al Quran, israiliyyat dianggap sesuatu yang cukup mencemarkan, bagaimana pula israiliyyat mengancam dalam ilmu hadis. Ia sudah tentu lebih bahaya berbanding dalam ilmu tafsir. Ini adalah kerana, al Quran itu adalah dilindungi oleh Allah secara mutlaknya seperti yang tertulis di dalam al Quran. Sementara hadis itu tiada pula jaminan dari Allah tentang perlindungannya. Maka terhasillah hadis-hadis ciptaan yang cukup banyak sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Dengan tujuan sendiri atau pun selainnya.



Maka, usaha membenteras pencemaran israiliyyat dalam hadis adalah sesuatu yang amat kritikal. Daripada usaha ini jugalah kita akan dapat menghapuskan mana-mana firqah atau kepercayaan yang telah terkesan dengan israiliyyat ini. Malah usaha ini adalah sesuatu yang amat susah dan payah kerana ia menyelinap dalam diri muslim itu sendiri. 



Jika yang menyerang itu adalah kafir, sudah tentu mudah untuk membendungnya. Namun, serangan itu menjadi barah pula kerana ia dimainkan oleh musuh yang beragama Islam. Jesteru itu, perpecahan mula berlaku dalam kesatuan muslim, sehinggakan berlakulah salah menyalah antara satu sama lain. Malah ada yang mengatakan dialah lebih ahli sunnah daripada yang lain. 



Kecacamerbaan ini telah menyorot muslim kepada gejala yang tidak sihat dalam kefahaman Islam.
Malah orang awam dari kalangan muslim turut terjebak sama. Mereka sudah tentu jahil dalam banyak perkara. Tetapi menyangkakan mereka di atas kebenaran. Semua menduga mereka membawa kebenaran tanpa mengetahui punca masalah secara keseluruhan. Maka terciptalah permasalahan dalam kalangan umat Islam hari ini.



Oleh itu, kali ini marilah kita kenali beberapa nama yang cukup dikenali sebagai perawi israiliyyat. Kesannya cukup besar dalam kita memahami agama kita. 



1. Nauf al Bakalie
Dia ialah isteri kepada Kaab al Ahbar. Thabit di dalam Sahih al Bukhari pada hadis yang bernombor ( 122 ) dalam kitab al Ilmu yang menceritakan tentang Nabi Khidir a.s yang berbunyi: ( daripada Sa’id bin Jubair berkata : Aku telah berkata kepada ibnu Abbas : Sesungguhnya Nauf al Bakalie menyangka sesungguhnya Musa bukan Musa bani Israel , tetapi adalah musa yang lain!! Maka berkata Ibnu Abbas : Musuh Allah itu penipu..)



Al Hafiz Ibnu Hajar pula telah memberi komentarnya pada jilid pertama halaman 219 : ( aku berkata : dan harus menyatakan Ibnu Abbas mentohmah kesahihan Islam Nauf). Apa yang nyata daripada nas ini ialah membuktikan, keislaman mereka bukanlah bersandarkan kepada keikhlasan untuk memeluk Islam itu sendiri, namun mereka mempunyai niat untuk menyebar luaskan fahaman mereka dan merosakkan pemikiran umat Islam dengan tahrif mereka.



 Tujuan asal Nauf bertindak demikian ialah untuk memesongkan umat Islam dari mengatakan Nabi Musa yang telah ditegur oleh Nabi khidir dan mengalihkan fakta yang sebenar seperti yang disebut di dalam al Quran. 
Jika Nauf benar-benar menerima Islam, sepatutnya ia taslim ( menerima sepenuhnya ) seperti yang terkandung di dalam al Quran, malah dia menyelewengkannya dan menolak apa yang disebutkan Allah.



2. Kaab al Ahbar
Thabit didalam Sahih al Bukharie dalam kitab al I’tisam bis sunnah ( pada bab sabda nabi : ( Janganlah engkau bertanya kepada ahli kitab sesuatu pun)jilid yang ke 13, pada halaman 333: daripada Muawiyah dan dia meriwayatkan beberapa hadis dari beberapa orang quraisy di Madinah dan dia menyebut Kaab al Ahbar, maka dia berkata : sekiranya terdapat dari orang yang benar, mereka itu dari muhaddisin yang mengambil hadis daripada ahli kitab, dan kami bersama mereka kami uji ke atasnya, ia adalah tipu.



Al Hafiz ibnu Hajar dalam fathul bahri pada jilid 13 halaman 335 menyatakan beberapa ulamak telah menerangkan dengan maksud tipu itu adalah salah. Tetapi pendapat itu tidak boleh diterima kerana al hafiz sendiri mengatakan : berkata Ibnu al tin : Ini ialah kata Ibnu abbas pada hak Kaab yang tersebut : telah menukar dari sebelumnya dan dia dalam keadaan menipu.



Namun ada yang mengatakan itu tidaklah mentajrih Kaab. Bahkan sebaliknya. Sudah tentu kizb atau tipu itu merupakan satu tajrih, masakan saidina Umar dengan lantang melarang Kaab dari meriwayatkan hadis, seperti yang terdapat di dalam Tarikh Abu Zur’ah jilid 1 halaman 544 yang berbunyi : tinggalkan hadis-hadis atau aku kejar kau sampai ke tanah kera.



Antara contoh yang jelas pencemaran yang dibuat oleh Kaab dalam penyebaran israiliyyat ialah seperti yang diriwayatkan oleh Imam al Nasaie dalam Sunan al Sughra dengan nombor 1346 dengan sanadnya : Daripada Atho’ bin Abu Marwan daripada ayahnya, sesungguhnya Kaab al Ahbar …yang membelah laut kerana Musa, sesungguhnya kami dapati di dalam taurat, sesungguhnya Daud nabi Allah, apabila baginda kembali dari solatnya seraya berdoa : Ya Allah, kau perbaikilah bagiku agamaku….



Disini memerlukan penelitian sehingga jelas kepada kita akan pencemaran yang dilakukan oleh Kaab dalam pemesongan fakta dan sekaligus Islam itu sendiri.



1. Kitab taurat diturunkan kepada nabi Musa, mengapa pula nabi Daud pula disebut. Yang berdoa itu sudah tentu nabi Musa selepas peristiwa belah laut. Mengapa pula nabi Daud yang disebut. Sedangkan beza antara nabi Musa dengan nabi Daud itu ialah beratus tahun.



2. Uslub penceritaan tersebut jelas sekali ialah penceritaan pengikut nabi Musa. Itu bukannya taurat seperti yang didakwa oleh Kaab. Mengapa perlu kaab kata : seperti yang ada di dalam taurat, sedangkan dia mengetahui taurat sudah diselewengkan.



Kekerapan Kaab menggunakan perkataan: seperti yang ada di dalam Taurat, diriwayatkan Nabi Musa, diriwayatkan Nabi Daud, seperti yang disebut Musa dan lain-lain sememang meragukan. Mengapa perlu Kaab menyebarkan apa yang ada di dalam taurat atau apa sahaja pendapat rabai-rabai mereka sehingga telah bercampur dengan hadis-hadis. Inilah dia bentuk penyerapan israiliyyat dalam hadis.



Contoh yang lain untuk menunjukkan israiliyyat yang diserap oleh Kaab boleh mengancam kesucian agama ini ialah seperti yang terdapat dalam kitab al Azamah pada halaman 91, hadis yang bernombor 236 yang berbunyi : ( daripada beratnya Allah atas mereka ). Inilah perkataan yang jelik yang dinisbahkan pada hadis Rasulullah s.a.w.



3. Wahab bin Munabbih
Wahab telah membaca 70 lebih kitab daripada kitab Nabi-nabi ( taurat ). Dia adalah orang yang amat penting dalam meriwayatkan israiliyyat dan khurafat. Dia adalah saudara Humam bin Munabbih, Ma’qil dan Ghailan. Dia mengumpulkan ilmu-ilmu yang terzahir dari Abdullah bin Salam dan Kaab bin Ahbar. Ini dikuatkan dengan biografi yang dikemukakan oleh Imam al Zahabie dalam kitab Siyar A’lam al Nubala, jilid 4 dan halaman 545 : dan riwayatnya kepada musnad adalah sedikit, keluasan ilmunya pada israiliyyat dan suhuf-suhuf ahli kitab. Biografinya juga telah disebut di dalam Tahzib al Tahzib jilid 11 dan halaman 147 dan Tahzib al Kamal pada jilid 31 halaman 140.



Pencemaran israiliyyat yang disebarkan oleh Wahab bin Munabbih ini terdapat dalam kitab al Uluww pada hadis bernombor 323 : berkata Wahab bin Munabbih : Sesungguhnya langit-langit dan lautan terdapat haikal. Dan sesungguhnya haikal dalamnya adalah kursi.Sesungguhnya kedu-dua tapak kakiNya azza wajalla di atas kerusi. Dan kembali kerusi itu seperti selipar pada kedua-dua tapak kakinya.



Apakah kita terfikir, untuk apakah nabi Muhammad perlu menyebut haikal dalam hadis-hadisnya melainkan ianya hanya tambahan yang berupa israiliyyat yang direka-reka oleh musuh-musuh Islam dan diserapkan dalam hadis-hadis yang disandarkan kepada Rasulullah. Oleh kerana itu, bagi sesiapa yang bertalaqqi hadis dan mempertahankan sunnah dari dicemari dari israiliyyat ini adalah usaha yang besar yang menunjukkan kecintaan mereka kepada junjungan baginda Muhammad s.a.w.



4. Abdullah bin Salam
Abdullah bin Salam ialah salah seorang yang amat penting dalam penyebaran israiliyyat dalam hadis, malah beliau juga adalah orang yang boleh diketogorikan sebagai sahabat. Oleh sebab itu, dia boleh bertindak sesuka hati untuk apa tujuan sekalipun.



Abdullah bin Salamlah orang pertama yang telah menyebarkan fahaman maqam mahmud itu ialah nabi duduk disebelah Allah. Hatta, menyebabkan beberapa orang dari kaum muslimin turut terjebak dalam aqidah yang fasid ini. Ini telah dibuktikan di dalam ktan al Uluww, pada hadis yang bernombor 425 seperti yang telah thabit dari junjungan kita ialah : Apabila hari kiamat telah datang diantara kamu s.a.w sehingga baginda duduk di antara kedua tangan Allah di atas kursiNya…Dan inilah maqam mahmud yang telah ditafsirkan oleh Abdullah bin Salam dam mula menyebar dalam kalangan umat Islam.


Rujukan: syeik (2009).Israiliyyat dalam hadis.Murabbi.http://syeikh-husna.blogspot.com/2009/10/israiliyyat-dalam-hadis.html

No comments for "ISRAILIYYAT DALAM HADIS"!