ISLAM ADALAH PILIHAN CARA HIDUP

Apakah Istiwa'utama Matahari : Istiwa'utama matahari atau istiwa'adzam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa'. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun apabila nalai sudut istiwa' matahari akan bersamaan dengan nilai latitude mekah di mana Ka'bah terletak.

Apabila istiwa' utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di tempat-tempat lain di muka bumi.

Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat : Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM (contoh : waktu di tv ).

Peranan Dan Tanggungjawab : Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadat masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat. Setelah semakan dibuat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul dan hubungi Jabatan Mufti Negeri, Bahagian Falak. 

" Dan dari mana sahaja engkau keluar (mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah muka kammu ke arah Masjid al Haram (Ka'bah) dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Ka'bah itu adalahbenar dari Tuhanmu. Dan ingatlah, Allah Tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu kerjakan."-Al Baqarah 2:149 ( sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor. Shah Alam Selangor Darul Ehsan )

No comments for "SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA'UTAMA MATAHARI KA'BAH"!