ISLAM ADALAH PILIHAN CARA HIDUP

Tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua umat Islam. Ianya bukan kerja khusus untuk golongan tertentu sahaja. Jika kita beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit".

Kehidupan berbilang bangsa di negara kita Malaysia adalah sesuatu yang sangat unik.Percampuran budaya antara berbagai bangsa berlaku tanpa disedari. Islam tidak melarang kita untuk mengamalkan budaya bangaa mana pun asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Demikian hebatnya Islam yang telah memurnikan apa sahaja budaya bangsa didunia menjadikan ianya sebagai budaya Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujurat ayat 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

" Hai manusia, sesungguh Kami menciptakan kamu asalnya dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk saling mengenal antara satu sama lain, Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu".
Islam terus menerus memproses manusia menjadi insan kamil. Berpandukan dua peninggalan Rasulullah iaitu Al Quran dan As Sunnah manusia tidak akan sesat selama-lamanya walaupun dalam keadaan manusia berbodong-bondong menuju kesesatan. ( Sumber: khalil.cina islam.feb2009)

No comments for "Pendekatan Dakwah Kepada Non-Muslim"!