ISLAM ADALAH PILIHAN CARA HIDUP

  Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”

1. Umat Islam digalakkan mengerjakan solat fardhu mahupun sunat di masjid-masjid atau surau-surau kerana bersembahyang secara bejemaah mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan solat sendirian di rumah

2. Masjidil Haram dan masjid Nabawi pula adalah dua buah masjid yang mempunyai fadhilat yang besar bagi umat Islam yang berkesempatan mengerjakan ibadat di dalamnya.

3. Mereka yang mengerjakan sembahyang di Masjid Nabawi akan mendapat seribu fadilat, manakala mereka yang mengerjakan sembahyang di masjidil Haram pula mendapat seratus ribu fadhilat.

4. Kelebihan Masjidil haram di mekah adalah disebabkan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia ini.

5. Oleh itu Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya yang datang mengerjakan haji dan umrah agar dapat mengerjakan sembahyang sebanyak mungkin di kedua-dua masjid ini kerana fadhilatnya yang amat besar itu. ( Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia )

No comments for "Kelebihan Solat Di Masjidil Haram, Mekah"!